Friday, June 5, 2009

Bagaimana Cara Untuk Melabur Dalam Unit Trust?


Sekiranya ada diantara anda yang berminat untuk melabur dan membuka akaun Unit Amanah atau Unit Trust, terdapat dua kaedah untuk anda memulakan pelaburan/perancangan kewangan anda melalui Unit Amanah. Melalui Kaedah Tunai. Jumlah minima yang diperlukan untuk membuka akaun adalah RM1000. Pembayaran adalah melalui Public Bank Bhd. Jumlah pelaburan adalah tidak terhad. Jumlah minima untuk membuat Regular Saving ialah RM100. Melalui pengeluaran simpanan akaun 1 KWSP. Pengeluaran ini membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan melebihi RM5,000 dari jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1 melaburkan sebahagian daripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 20 % dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1. Pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan sekali. Umur pelabur mestilah kurang dari 55 tahun. Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah. Sebelum melabur, anda dinasihatkan mendapatkan info dan nasihat dari Unit Trust Consultant yang bertauliah. Sayalah tu :D Suhaimi 013 667 8229

No comments:

Post a Comment