
Di dalam buku Total Money Makeover yang ditulis oleh Dave Ramsey, saya tertarik dengan petikan berikut “Savings without a mission is garbage. Your money needs to work for you, not lie around” .
Saya tertarik kerana, ia memberi kesedaran kepada kita bahawa adakah portfolio simpanan atau pelaburan kita sekarang ini menguntungkan? Dan sebagai umat Islam, menjadi kewajipan untuk kita menilai adakah ianya halal?Disini saya kongsikan beberapa perbezaan asas dari segi pulangan antara beberapa jenis simpanan yang lazimnya dimiliki oleh orang-orang biasa:
Akaun simpanan biasa
Simpanan mimima sangat rendah, berisiko rendah dan juga mempunyai pulangan yang sangat rendah. Biasanya orang ramai menggunakannya untuk akaun masuk pendapatan
EPF
Simpanan wajib untuk simpanan hari tua ini secara umumnya memberi pulangan yang agak rendah.
ASB
Terlalu banyak isu dibincangkan sejak beberapa tahun yang lepas. Dan saya yakin bahawa pelaburan ASB bercanggah dengan Syariah. Pada Tahun 2006 saya telah keluarkan duit saya dan masukkan ke dalam Islamic Unit Trust. Ada pendapat mengatakan ianya Harus. Ada pendapat yang mengatakan ianya Haram. Namun begitu, saya sekadar berkongsi pulangan ASB seperti berikut:
2003 9.25%
2004 9.25%
2005 9.25%
2006 8.55%
2007 9.00%
2008 8.00%
Saham
Selain berisiko tinggi, mempunyai pulangan yang tinggi dan memerlukan duit yang banyak, anda juga memerlukan ilmu, keprihatinan dan kepakaran yang tinggi terhadap pelaburan tersebut.
Fixed Deposit
FD adalah simpanan yang dijamin selamat dan menjanjikan pulangan tetap tetapi rendah. Purata pulangan FD ialah 3%-4%
Unit Trust
Unit Trust have a diversified portfolio. Jadi kerugian in certain portfolio will be offset by gains in others. Secara umumnya, UT adalah antara pelaburan yang selamat dan menjanjikan pulangan yang memuaskan berbanding pelaburan yang lain. Sebagai umat Islam, kita wajib memilih Shariah UT dan kini telah banyak syarikat kewangan menawarkan Islamic UT.

No comments:
Post a Comment