Monday, June 22, 2009

BERMULA AWAL ADALAH KUNCI

Perancangan Pendidikan

Membuat persediaan awal untuk membiayai pendidikan anak-anak

Selain daripada pembelian rumah,kos pendidikan anak-anak merupakan perbelanjaan terbesar yang ditanggung oleh kebanyakan ibubapa.Antara faktor-faktor yang perlu ibubapa pertimbangkan semasa membuat perancangan adalah seperti :-

  • Bilangan anak-anak anda
  • Sama ada mahu anak anda belajar di universiti tempatan atau luar negara
  • Tempoh masa sebelum anak anda memasuki universiti
  • Jenis kursus yang diambil
  • Yuran tuisyen dan perbelanjaan lain
  • Kadar tukaran wang asing (bagi yang melanjutkan pelajaran di luar negara)
  • Jangakaan kadar peningkatan kos pendidikan(inflasi)
  • Pelaburan yang anda peruntukan untuk pendidikan anak anda
  • Kadar pulangan yang djangka anda peroleh daripada pelaburan anda

BERMULA AWAL ADALAH KUNCI
Walaupun memang belum terlambat untu mulamerancang bagi pendidikan anak anda,seelok-eloknya anda memulakan perancangan awal untuk memastikan anda mempunyi dana yang mencukupi untuk pendidikan anak anda.Dengan kesan pulangan berganda,sedikit wang yang diperuntukan setiap bulan boleh bertambah menjadi jumlah yang besar.


Jadi jangan tunggu untuk melabur,melabur dulu kemudian tunggu

No comments:

Post a Comment