Monday, June 8, 2009

MITOS LAZIM TENTANG UNIT AMANAH

Salah satu mitos paling lazim tentang pelaburan di dalam unit amanah adalah MEMILIH TABUNG YANG MEMPUNYAI REKOD PULANGAN YANG BAIK. Ini MERBAHAYA kerana prestasi lampau bukan petunjuk untuk prestasi masa hadapan. Tabung yang mempunyai prestasi paling tinggi pada tahun terdahulu TIDAK SEMESTINYA akan mempunyai prestasi yang sama pada tahun ini.

MITOS KE DUA adalah " unit amanah adalah untuk spekulasi bersifat jangka pendek ". Ramai pelabur menganggap unit amanah seperti saham, menjual dan membeli tabung dalam usaha untuk mendapatkan keuntungan yang cepat.

PELABURAN UNIT AMANAH ADALAH UNTUK JANGKAMASA SEDERHANA DAN PANJANG.

Umumnya tempoh pegangan haruslah sekurang kurangnya 5 tahun atau lebih. Apabila pelabur memikirkan tentang strategi pelaburan, mereka harus bertanya sama ada strategi tersebut bersesuaian dengan jangkamasa pelaburan mereka.

"LEBIH MURAH LEBIH BAIK" merupakan satu lagi mitos yang popular. Ramai pelabur memikirkan bahawa tabuung unit amanah yang mempunyai harga unit yang rendah adalah lebih baik kerana mereka boleh memiliki bilangan unit yang lebih untuk jumlaj pelaburan yang sama.

Tabung yang berharga RM0.50 seunit tidak lagi mahal jika dibandingkan dengan tabung yang berharga RM0.20 seunit. Jika anda melabur sebanyak RM1000-00 ke dalam tabung yang RM0.50 seunit berbanding RM0.20 seunit, ianya akan memberikan nilai pelaburan yang sama memandangkan tabung tabung ini bersandar kepada aset aset asas yang dipegang oleh tabung tabung tersebut.

No comments:

Post a Comment